Google Family Link: Cara Kawal Penggunaan Telefon Pintar & Pantau Aktiviti Anak Anda Di Handphone
Selaras dengan keperluan PdPR tahun 2021 ini, mahu atau tidak ibu bapa tetap perlu mendedahkan anak-anak dengan peranti seperti handphone, tablet atau laptop bagi memastikan pembelajaran di sekolah masih boleh berlangsung.
Anak-anak generasi sekarang juga sangat arif memakai teknologi ini untuk mengerjakan tugas-tugas sekolah mereka. Kadang-kadang tu, mereka pula yang lebih advanced berbanding ibu ayah kan?
Namun, anak-anak tetap perlu diawasi agar mereka tidak terjebak di dalam pengaruh negatif teknologi.
Ini kerana, screen time yang berlebihan boleh menyebabkan ketagihan, malah pelbagai perkara yang boleh mereka capai melalui internet juga tidak terbatas.
Jadi, ibu ayah kena tahu satu features yang sangat penting iaitu Google Family Link yang boleh membantu mengawal aktiviti anak-anak di peranti masing-masing walaupun ketika berjauhan.
Apakah Google Family Link?
Family Link adalah satu ciri yang diperkenalkan oleh Google yang boleh bekerja sebagai remote control, di mana ibu ayah dapat mengendalikan gajet anak-anak walau di manapun mereka berada.
Cara kerjanya sangat mudah, ibu ayah hanya perlu memiliki akaun Google dan memuat turun ini di PlayStore, dan daripada sini, ibu ayah akan dapat menganalisa maklumat penggunaan handphone dan juga menetapkan screen time anak-anak.
Cara Install Google Family Link & Penggunaannya
Cara-cara install adalah seperti berikut:
- Peranti / HP anda: Install Google Family Link (for parents) – untuk Android / iOS
- Peranti / HP anak-anak: Install Google Family Link (for children and teens) – Android sahaja
Keduanya boleh dimuat turun melalui Appstore dan Playstore - Semasa muat turun dijalankan hendaklah ada sekali kesemua device.
- Selepas proses muat turun anda perlu sign in ke akaun Google anda.
- Setiap device perlu beri akses antara satu sama lain untuk membenarkan ‘supervise’.
Yang dalam gambar di bawah ini Google Family Link for Children & Teens – untuk peranti anak-anak.
Di bawah ini pula Google Family Link for Parents untuk install di HP ibu ayah.
Tips & Cara Setting Untuk Parents
Apa yang akaun parents boleh buat?
Setelah peranti ibu ayah dan anak-anak di’link’kan, ibu ayah bolehlah menetapkan kawalan pada peranti anak-anak seperti berikut:
- Boleh kawal akaun Google mana yang digunakan oleh device anak
- Boleh membuat tetapan untuk aktiviti di browser device anak-anak
- Boleh mengetahui lokasi device anak (sekaligus mengetahui lokasi anak)
- Kawalan kebenaran instalasi iaitu anda boleh membenarkan / tidak membenarkan aplikasi mana yang boleh di’install’, aplikasi mana yang diberi akses atau disekat
- Screen time: anda boleh membuat penetapan waktu screen time yang mana dibenarkan untuk menggunakan device dan berapa lama tempoh anda benarkan untuk anak² mengguna device mereka
- Anda boleh membenarkan atau menyekat site di Chrome browser device anak-anak anda
- Boleh turn on dan off Safe Search device anak-anak
- Boleh manage Google Play device anak-anak dari akaun anda
- Boleh lock dan unlock device anak pada bila-bila masa sahaja dari device anda sendiri
Kesemua 1-9 di atas boleh dibuat menggunakan device anda sahaja sebagai parent.
Apa yang anda perlu buat di device anak anda adalah hanya beri permission untuk supervise dan kesemua setting 1-9 di atas hanya dibuat melalui device anda.
Boleh tengok gambar untuk contoh screenshot dari device parent dan device anak di bawah:
- Contoh apabila lock device
- Boleh hadkan masa penggunaan
- Boleh pantau aktiviti anak-anak, tengok apa yang mereka buat di phone
- Boleh setkan had penggunaan setiap hari
- Jadualkan waktu yang boleh digunakan begini
Beberapa FAQ tentang Google Family Link yang mungkin ramai nak tahu:
Boleh ke add lebih dari satu device anak di Google Family Link?
Ya, boleh
Anak boleh ke remove permission device parent?
Tak boleh, sebab permission untuk remove memerlukan parent pula bagi permission
Kalau anak uninstall app ni macam mana?
Selepas linked kesemua device parents dan anak-anak, anak tak lagi boleh download dan uninstall app sesuka hati.
Boleh ke lebih dari sorang parent supervise device anak?
Ya, boleh.
*Kredit: Ailisa El Azmi
Selain Google Family Link, ibu ayah juga boleh gunakan beberapa aplikasi lain yang lebih kurang fungsinya dan boleh didapati di Google PlayStore.
Antaranya:
- Kaspersky Safe Kids
- mSpy Parental Control
- Net Nanny
- Norton Family Parental Control
- Screen Time Parental Control App
- ScreenLimit
- Family Time
Semoga info ini berguna!