Jawatan kosong Pegawai Tadbir sektor kerajaan. Jawatan kosong ini dibuka sepanjang tahun 2016. Calon yang berminat boleh memohon jawatan kosong ini bila-bila masa sahaja.

Job Info:

Application Deadline: Dibuka sepanjang tahun 2016
Job Location: Seluruh Malaysia

Kerja Kosong Terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Semua rakyat Malaysia yang berminat, adalah dipelawa untuk memohon kerja kosong kerajaan terbuka ini. Pelbagai kemudahan yang diberikan kepada pemohon yang berjaya.

Jenis Jawatan Gaji Lokasi
Sambilan Pembantu Tadbir Sambilan (PTS) Tidak Dinyatakan Seluruh Malaysia

.

1. Tempoh jawatan adalah 6 bulan sahaja. Walaubagaimanapun, kontrak boleh diperbaharui.
2. Terbuka kepada semua warga Malaysia – SPM / STPM / Sijil Kemahiran / Diploma.
3. Kemudahan yang diberikan adalah

  • gimnasium
  • rawatan hospital kerajaan
  • bayaran untuk OT
  • ada cuti tahunan
  • elaun diberikan kepada yang layak – elaun harian / elaun luar kawasan

.

How To Apply

1. Calon yang berminat untuk memohon jawatan kosong ini boleh memohon bila-bila masa sahaja sepanjang tahun 2016 secara online di ssm.com.my/en/career

Jawatan kosong UPSI 2016. Sila baca maklumat jawatan kosong UPSI dengan teliti sebelum memohon. Sebanyak 49 kerja kosong yang dibuka bagi bulan November ini oleh UPSI.

Job Info:

Application Deadline: 13 November 2016
Job Location: Perak

Kerja Kosong Terkini UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menjalankan temuduga terbuka badi mengisi jawatan kosong berikut:

Status Jawatan Jawatan Gred Jawatan
1. Tetap
2. Kontrak (Bukan Warganegara)
Pensyarah Universiti/ University Lecturer VK7 / DS53 / DS51

.


Gred Jawatan Professor VK7

Gaji (permulaan) – RM7,676.00
Imbuhan Tetap Perumahan – RM1,300.00
Imbuhan Tetap Keraian – RM2,150.00

Gred Jawatan Profesor Madya DS53
Gaji (permulaan) – RM6,162.00
Imbuhan Tetap Perumahan – RM900.00
Imbuhan Tetap Keraian – RM800.00

Gred Jawatan Pensyarah Kanan DS51

Gaji (permulaan) – RM5,855.00
Imbuhan Tetap Perumahan – RM700.00
Imbuhan Tetap Keraian – RM600.00

  • Bahasa Melayu (Pedagogi Bahasa Melayu) – 1 kekosongan
  • Komunikasi (Media Baru, Web Design, Blog, Audio dan Video) – 1 kekosongan
  • Komunikasi (Periklanan/ Perhubungan Awam/Kewartawanan) – 1 kekosongan
  • Bahasa Cina (Kesusasteraan Cina) – 1 kekosongan
  • TESL (ICT (English for Multimedia & Web English and ICT) – 1 kekosongan
  • TESL (Assessment and Evaluation) – 1 kekosongan
  • Seni Persembahan (Drama & Pendidikan) – 1 kekosongan
  • Seni Persembahan (Tari) – 1 kekosongan
  • Muzik (Vokal) – 1 kekosongan
  • IT/Computer Science/ Engineering (IT Education / Software Engineering / Mechanical Engineering) – 4 kekosongan
  • Seni Lukis / Seni Reka / Pengiklanan / Animasi /Permainan Digital (Lukisan / Teori Reka Bentuk / Animasi 3D) – 2 kekosongan
  • Sejarah Seni / Grafik (Reka Grafik Teori / Sejarah Seni) – 2 kekosongan
  • Perakaunan dan Kewangan (Kewangan /Perakaunan Pendidikan) – 3 kekosongan
  • Ekonomi (Ekonomi Kewangan / Sains Aktuari / Kewangan Islam / Governan) – 1 kekosongan
  • Pengurusan Pendidikan (Perundangan Pendidikan) – 1 kekosongan
  • Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan / Masalah Pembelajaran) – 2 kekosongan
  • Pengajian Pendidikan (Pendidikan Matematik Sekolah Rendah / Psikologi Pendidikan / Pedagogi (Inklusif)) – 6 kekosongan
  • Gastronomi – 2 kekosongan
  • Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi – 1 kekosongan
  • Pelancongan – 1 kekosongan
  • Mekatronik – 1 kekosongan
  • Kejuruteraan Awam (Senibina dan Struktur) – 1 kekosongan
  • Pendidikan Pertanian – 1 kekosongan
  • Lanskap – 1 kekosongan
  • Kimia (Kimia Tak Organik) – 1 kekosongan
  • Fizik (Pendidikan Fizik) – 1 kekosongan
  • Matematik (Statistik, Pendidikan Matematik) – 1 kekosongan
  • Geografi Fizikal – 1 kekosongan
  • Geografi Fizikal (Hidrologi) – 1 kekosongan
  • Pendidikan Islam – 1 kekosongan
  • Pendidikan Moral – 1 kekosongan
  • Fisiologi Senam – 1 kekosongan
  • Rehabilitasi Sukan (Fisioterapi dan Doktor Perubatan) – 2 kekosongan
  • Kejuruteraan BioPerubatan – 1 kekosongan
    .

Job Requirements

  1. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang Ph.D dalam bidang (jawatan) yang dipohon.
  2. Pemohon mestilah seorang yang berdedikasi tinggi untuk menjadi seorang pendidik dan aktif aktif dalam aktiviti penyelidikan, perundingan, penerbitan serta khidmat masyarakat.
  3. Pemohon mestilah berumur 18 tahun keatas.
  4. Pemohon yang terpilih akan melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
  5. Pemohon yang terpilih dikehendaki menghadirkan diri dalam Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
  6. Pemohon yang terpilih adalah dikehendaki mematuhi syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  7. Download maklumat penuh syarat lantikan disini

How To Apply

.
Calon yang berminat hendaklah memohon secara online di myjobs.upsi.edu.my

Kini, untuk sambung belajar ke universiti, anda tidak perlu lagi menggunakan sijil kerana UiTM telah melaksanakan program sambung belajar hanya menggunakan pengalaman kerja anda.

UiTM Kini Mengiktiraf Pengalaman Kerja Sebagai Syarat Kemasukan Belajar

Accreditation of Prior Expreriential Learning atau dalam bahasa Melayunya Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu yang juga dikenali sebagai APEL adalah satu sistem dimana anda diiktiraf berdasarkan pengalaman bekerja untuk melanjutkan pelajaran di semua peringkat pendidikan tinggi. Dengan menjadikan pengalaman bekerja sebagai kredit kelayakan, sekaligus orang ramai berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Dengan adanya APEL, seseorang yang mempunyai pendidikan formal atau tida boleh melanjutkan pengajian di semua peringkat sama ada diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah, mahu pun pasca siswazah.

Sebagai contoh, pemohon yang mempunyai dalam ijazah sarjana muda boleh terus melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah, tetapi bersyarat iaitu pemohon mestilah pengalaman kerja yang bagus serta berjaya memperoleh sijil APEL terlebih dahulu.

Apa Itu APEL?

Pemohon akan diuji terlebih dahulu sebelum medapatkan sijil APEL, portfolio pendidikan formal dan tidak formal, termasuk sesi wawancara untuk mengukur dan menguji tahap kompetensi serta kesediaan pemohon meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Bagaimanapun, semua fakulti di UiTM akan terlibat dalam program APEL, kecuali fakulti perubatan, kejuruteraan dan undang-undang, dimana syarat ketat yang lain yang perlu dipatuhi.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan sijil APEL bagi menyambung belajar bolehlah mengunjungi Pusat APEL di Institut Pendidikan Neo (iNED) di semua kampus UiTM. iNED berfungsi untuk menyediakan pendekatan pendidikan inovatif, selain ke arah menghasilkan modal manusia untuk menyediakan pekerja dengan kemahiran baharu serta pengetahuan terkini.

Jika anda adalah lepasan universiti yang sedang mencari jawatan kosong, anda boleh layari www.kerjakosong.co. Pelbagai jawatan kosong dari sektor kerajaan dan swasta yang dikemaskini setiap hari.

Job Info:

Application Deadline: 4 November 2016
Job Location: Selangor

Universiti Teknologi MARA would like to invite interested Bumiputera who are qualified in the relevant fields to apply for new open vacancy at Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPPUiTM), Fakulti Perubatan UiTM.

Jawatan Kosong Terkini UiTM

Jenis Jawatan Tawaran Gaji
1. PEGAWAI FARMASI UF41 RM 2,429.00 – RM 9,656.00
2. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29 RM 1,797.00 – RM 5,753.00
3. JURURAWAT U29 RM 1,797.00 – RM 5,753.00

.

.

Job Requirements

    1. mestilah warganegara Malaysia
    2. umur pemohon tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi (1) / diploma dalam bidang farmasi (2) / diploma dalam bidang kejururawatan (3) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    4. memiliki Kepujian (minima Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

How To Apply

1. Jika anda sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan sekali bersama salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

2. Calon boleh download dan lengkapkan borang permohonan dibawah.

3. Sila hantarkan permohonan anda bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah, PMR/ SRP/ /LCE, SPM/ SPMV/ MCE, STPM
  • Salinan Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
  • Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat)
  • Salinan Sijil Pendaftaran Penuh & Sijil Amalan Tahunan (Majlis Perubatan Malaysia/Lembaga Jururawat/ Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia)* *(untuk Pegawai Perubatan/Pegawai Farmasi/Jururawat/Penolong Pegawai Perubatan)

3. Hantarkan permohonan anda tadi berserta salinan dokumen ke (tulis jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul):

TIMBALAN PENDAFTAR FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS SUNGAI BULOH
JALAN HOSPITAL
47000 SUNGAI BULOH
SELANGOR
NO.TEL : (03) 6126 7028 / 7015 / 7003 / 7022 / 7071

.

This job will be closed on Friday, 4 November 2016.

Ini adalah info penting yang baru kami terima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Info ini adalah untuk mereka yang sedang/bakal memohon jawatan SPA. Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

1. Tempoh sah laku telah dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun. Bermakna anda perlu kemaskini permohonan anda setiap tahun.
2. Permohonan jawatan tanpa had telah ditukar kepada 15 jawatan sahaja.
3. Jawatan yang dipohon terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Info tambahan, SPA akan membatalkan semua jawatan yang dipohon sekiranya pemohon tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (1) hingga (3). Adalah dinasihatkan pemohon untuk semak dan kemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

Permohonan Daftar Akaun Baru/ Terlupa Kata Laluan (Password)

SPA telah berkerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk meningkatkan keselamatan bermula dari 1 Julai 2016. Pemohon yang pertama kali daftar akaun baru perlu mengisi no kad pengenalan dan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan akan dihantar ke JPN untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID. Pemohon yang sudah mendaftar dan terlupa kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu (first name) dan negeri kelahiran pemohon atau alamat seperti dalam kad pengenalan dan maklumat ini juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.

Aplikasi Telefon (Mobile Apps)

SPA telah membangunkan 2 aplikasi untuk kemudahan pemohon iaitu mySPA8i dan mySPAv2. Pemohon boleh muatturun aplikasi ini ke smartphone masing-masing.

mySPA8i adalah alternatif kepada Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) manakala mySPAv2 adalah untuk memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar sahaja.

Surat Panggilan Temu Duga

SPA) tidak lagi mengeluarkan dan menghantar surat panggilan untuk temuduga melalui pos bagi calon-calon yang tinggal di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) serta di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temuduga hanya akan dikeluarkan dan dihantar melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA. Oleh itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing agar tidak terlepas panggilan temuduga ini.

Untuk pertanyaan, anda boleh menghubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan Ijazah/Diploma) di talian 03-88856364/03-88806470 atau Bahagian Pengambilan Khas (kelayakan Sijil/SPM/Separa perubatan) di talian 03-88856254/03-88856277/03-88856266/03-88856273 atau layari terus laman web SPA.

Emel Calon

Calon yang telah berdaftar dengan SPA diminta untuk mengemaskini emel yang tepat dan sah bagi mengelakkan kegagalan penerimaan emel tentang panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya sekiranya berkaitan oleh calon.

Sekiranya calon tidak menerima e-mel urusan dari pihak SPA, sial semak folder SPAM/Junk Email e-mel

Penentuan Gaji Permulaan

Semua urusan Penentuan Gaji Permulaan, sebarang kuiri berkaitan permohonan tidak akan dimaklumkan melalui surat atau emel kepada pegawai dan Jabatan/ Kementerian. Sebaliknya Pihak Jabatan/ Kementerian dan Pegawai yang berkaitan hendaklah menyemak terus status permohonan di ruangan urusan perkhidmatan online di Portal SPA.

Manakala bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB)/Peningkatan Secara Lantikan (PSL) di mana-mana Jabatan/ Kementerian di Sabah dan Sarawak, urusan Penentuan Gaji Permulaan hendaklah dikemukakan terus kepada pihak SPA Cawangan Sabah dan SPA Cawangan Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Calon Simpanan

Calon-calon simpanan yang telah tamat tempoh sah laku pada 02.08.2016 dinasihatkan untuk menghantar semula permohonan dalam Portal SPA kerana tempoh sah laku pendaftaran adalah satu (1) tahun sahaja.

############################

Diharapkan pemohon/bakal pemohon dapat mengikuti segala arahan yang dikeluarkan daripada pihak SPA bagi mengelakkan daripada sebarang kegagalan memohon jawatan SPA.

Job Info:

Application Deadline: 4 November 2016
Job Location: Selangor

RISDA through RISDA VENTURES SDN. BHD (Anak Syarikat Risda) are inviting all Malaysians who are interested and qualified to apply the new vacancy as below.

Jawatan Kosong Terkini RISDA Malaysia

Status Jenis Jawatan Tawaran Gaji
Kontrak/Tetap Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia (Gred PG4) RM2,931 – RM6,888
Kontrak/Tetap Pengurus Operasi (Gred PG4) RM2,931 – RM6,888
Kontrak/Tetap Eksekutif (Gred EG4) RM 1,842-RM4,424
Kontrak/Tetap Kerani (Gred KG3) RM1,400 -RM2,776
Kontrak/Tetap Penyelia/Teknisyen (Gred TG3) RM1,460 – RM2,826
Kontrak/Tetap Pemandu (Gred SG) RM1,371 – RM2,442

.

.

Job Requirements

Please click on the job above for every job details.

How To Apply

1. Calon yang berminat bolehlah membuat permohonan menyertakan resume, salinan SPM, sijil kemahiran, salinan kad pengenalan, sekeping gambar bersaiz passport dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

2. Permohonan dari calon yang sedang berkhidmat di RISDA dan Syarikat Milikan RISDA perlu dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.

3. Sila nyatakan nama jawatan yang hendak dipohon pada sebelah kiri atas sampul surat Permohonan.

4. Hantarkan permohonan lengkap anda kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
RISDA Ventures Sdn Bhd
Lot E6-1, Jalan Selaman 1/2,
Dataran Palma, Jalan AmPang,
68000 AmPang,
Selangor.