Info Penting Terkini Daripada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Kongsikan Jawatan Kosong Ini!

Ini adalah info penting yang baru kami terima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Info ini adalah untuk mereka yang sedang/bakal memohon jawatan SPA. Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

1. Tempoh sah laku telah dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun. Bermakna anda perlu kemaskini permohonan anda setiap tahun.
2. Permohonan jawatan tanpa had telah ditukar kepada 15 jawatan sahaja.
3. Jawatan yang dipohon terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Info tambahan, SPA akan membatalkan semua jawatan yang dipohon sekiranya pemohon tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (1) hingga (3). Adalah dinasihatkan pemohon untuk semak dan kemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.


Permohonan Daftar Akaun Baru/ Terlupa Kata Laluan (Password)

SPA telah berkerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk meningkatkan keselamatan bermula dari 1 Julai 2016. Pemohon yang pertama kali daftar akaun baru perlu mengisi no kad pengenalan dan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan akan dihantar ke JPN untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID. Pemohon yang sudah mendaftar dan terlupa kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu (first name) dan negeri kelahiran pemohon atau alamat seperti dalam kad pengenalan dan maklumat ini juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.

Aplikasi Telefon (Mobile Apps)

SPA telah membangunkan 2 aplikasi untuk kemudahan pemohon iaitu mySPA8i dan mySPAv2. Pemohon boleh muatturun aplikasi ini ke smartphone masing-masing.

mySPA8i adalah alternatif kepada Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) manakala mySPAv2 adalah untuk memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar sahaja.

Surat Panggilan Temu Duga

SPA) tidak lagi mengeluarkan dan menghantar surat panggilan untuk temuduga melalui pos bagi calon-calon yang tinggal di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) serta di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temuduga hanya akan dikeluarkan dan dihantar melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA. Oleh itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing agar tidak terlepas panggilan temuduga ini.

Untuk pertanyaan, anda boleh menghubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan Ijazah/Diploma) di talian 03-88856364/03-88806470 atau Bahagian Pengambilan Khas (kelayakan Sijil/SPM/Separa perubatan) di talian 03-88856254/03-88856277/03-88856266/03-88856273 atau layari terus laman web SPA.

Emel Calon

Calon yang telah berdaftar dengan SPA diminta untuk mengemaskini emel yang tepat dan sah bagi mengelakkan kegagalan penerimaan emel tentang panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya sekiranya berkaitan oleh calon.

Sekiranya calon tidak menerima e-mel urusan dari pihak SPA, sial semak folder SPAM/Junk Email e-mel

Penentuan Gaji Permulaan

Semua urusan Penentuan Gaji Permulaan, sebarang kuiri berkaitan permohonan tidak akan dimaklumkan melalui surat atau emel kepada pegawai dan Jabatan/ Kementerian. Sebaliknya Pihak Jabatan/ Kementerian dan Pegawai yang berkaitan hendaklah menyemak terus status permohonan di ruangan urusan perkhidmatan online di Portal SPA.

Manakala bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB)/Peningkatan Secara Lantikan (PSL) di mana-mana Jabatan/ Kementerian di Sabah dan Sarawak, urusan Penentuan Gaji Permulaan hendaklah dikemukakan terus kepada pihak SPA Cawangan Sabah dan SPA Cawangan Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Calon Simpanan

Calon-calon simpanan yang telah tamat tempoh sah laku pada 02.08.2016 dinasihatkan untuk menghantar semula permohonan dalam Portal SPA kerana tempoh sah laku pendaftaran adalah satu (1) tahun sahaja.

############################

Diharapkan pemohon/bakal pemohon dapat mengikuti segala arahan yang dikeluarkan daripada pihak SPA bagi mengelakkan daripada sebarang kegagalan memohon jawatan SPA.

Kerja Kosong Yang Dicari

  • keja ko
  • berita utama
  • cara membatal jawatan dalam spa8
  • jawatan kosong stpm
  • nombor telefon spa bahagian pengambilan
  • semakan panggilqn temuduga jabatan pendaftaran negara 2017
  • pengambilan khas spa8 jawatan pmr
  • pengambilan jawatan kosong pmr spa setiap tahun
  • jawatan spm ditukar kepada ijazah spa
  • jawatan kosong kelayakan stpm di sarawak

{ 7 comments… read them below or add one }

najwa farehah binti alias January 18, 2017 at 10:19 am

saya berminat untuk bekerja dibahagian pentadbiran awam tetapi masih belum dipanggil temuduga

Reply

Nurul Farehah binti Alias January 18, 2017 at 10:22 am

saya dah mendaftar dengan spa agak lama dah tapi tak pernah dipanggil temuduga

Reply

nurul nasya md satar January 18, 2017 at 11:31 pm

saya dah lama apply di spa tapi tak pernah dapat panggilan temuduga. tapi saya tetap usaha jugak.. moga ada rezeki buat saya utk bekerja di sektor kerajaan. amin

Reply

muhamad helmy January 25, 2017 at 11:35 am

Assalamualaikum.. dah 2 tahun saya kemaskini spa tapi belum dapat lagi temuduga ,,

Reply

imelda February 8, 2017 at 7:42 am

saya aktif update SPA…entah kenapa lah and sampai bila. Tak juga kna panggil interview..nak dpt kerja jauh lagi.

Reply

imelda February 8, 2017 at 7:42 am

saya aktif update SPA…entah kenapa lah and sampai bila. Tak juga kna panggil interview..nak dpt kerja jauh sekali.

Reply

sulaeman February 25, 2017 at 4:35 pm

Nk tau klw nk daftar kne semak atau isi borang kat jpn ke atau mcm mne..
Sy nk daftar tapi tulis no k/p dh pernah daftar..
Sy x ingat plak dh pernah daftar atau belom..
Nk reset password dh isi² xle dy tulis alamat x same atau name ibu x same.. Mcm mne tu .. Ade Siape² boleh tolong x

Reply

Leave a Comment