Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) (JA1)
- Tarikh tutup
- 27 Okt 2026 (lagi 5 hari)
- Gaji
- RM1,500 - RM4,680 sebulan
- Kelayakan
- SPM, SKM
- Gred
- JA1
- Lokasi
- Kuching, Sarawak
- Jenis jawatan
- Kontrak
- Tarikh iklan
- 21 Okt 2026
Sumber rasmi dbku.sarawak.gov.my
Dewan Bandaraya Kuching Utara mempelawa calon yang layak memohon jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1 secara lantikan kontrak dengan tarikh tutup permohonan pada 27 Oktober 2026.
Tugas dan keterangan
Jawatan ini diletakkan di bawah Kumpulan Pelaksana bagi Klasifikasi Kejuruteraan dengan kadar gaji antara RM 1,500.00 hingga RM 4,680.00 sebulan serta penempatan di Kuching, Sarawak.
- Menyedia pelan kejuruteraan dan struktur bangunan terperinci untuk projek yang ditetapkan berdasarkan kepada pelan rekabentuk cadangan awal yang diluluskan
- Mengurus penyimpanan pelan projek
- Menyediakan salinan pelan projek untuk tujuan tender/kontrak dan penyerahan tapak
- Menjalankan kerja-kerja ukur tapak
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan
- SPM atau setaraf dan Kepujian subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan (Gaji permulaan: RM1,500.00)
- SPM atau setaraf dan SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan (Gaji permulaan: RM1,561.00)
- SPM atau setaraf dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan (Gaji permulaan: RM1,622.00)
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau setaraf
Cara memohon
- Muat turun dan isi Borang Permohonan Jawatan Kosong DBKU dari portal rasmi DBKU
- Gunakan HURUF BESAR sahaja dan tuliskan TB pada ruangan yang tidak berkenaan
- Hantar borang permohonan bersama surat permohonan kerja sahaja menggunakan sampul surat bersaiz 4"x 9"
- Kemukakan kepada Ketua Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching sebelum tarikh tutup pada 27 Oktober 2026
- Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan Laporan Sulit (jika berkenaan), Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun terakhir, dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan
- Penyerahan permohonan pada Hari Pelepasan Am, Sabtu dan Ahad boleh dibuat di Kaunter Keselamatan di lobi DBKU HQ
- Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya