Penolong Akauntan
- Tarikh tutup
- 1 Nov 2026 (lagi 9 hari)
- Gaji
- RM2,100 sebulan
- Kelayakan
- Diploma
- Lokasi
- Kuala Lumpur
- Jenis jawatan
- Kontrak
- Tarikh iklan
- 19 Okt 2026
Sumber rasmi dbkl.gov.my
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa calon yang layak memohon jawatan Penolong Akauntan dengan permohonan ditutup pada 1 November 2026.
Tugas dan keterangan
Tawaran ini dibuka bagi mengisi 2 kekosongan secara lantikan kontrak dengan penempatan di Kuala Lumpur serta kadar gaji sebanyak RM2,100.00 sebulan. Calon yang dilantik turut layak menerima kemudahan cuti rehat, cuti sakit secara pro-rata serta perlindungan caruman KWSP dan PERKESO.
- Menyelaras penerimaan hasil harta dan kutipan semua harta Datuk Bandar Kuala Lumpur
- Menyediakan Akaun Penamat bagi tahun berakhir setiap tahun
- Mengurus wang terimaan pelbagai/am Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
- Mengendalikan pengeluaran bil (Debit Raise)
- Membuat pelarasan Nota Debit, Nota Kredit dan Jurnal Am (GL)
- Menyemak dan menyelaraskan transaksi JOMPAY serta akaun tergantung (suspend account)
- Membuat pelarasan cagaran sewa, akaun tertunggak semasa dan pengembalian lebihan bayaran
- Menyediakan laporan kutipan dan tunggakan
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Sijil Pengajian Perniagaan atau Penyimpanan Kira yang diiktiraf, atau
- Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf, atau
- Diploma Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Kewangan atau Perbankan yang diiktiraf, atau
- Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Kewangan yang diiktiraf
Cara memohon
- Mohon dalam talian melalui Sistem Recruiting DBKL
- Kakitangan DBKL memohon secara dalam talian melalui Modul Kerjaya di Employee Self Services (ESS)
- Calon tidak perlu menghantar salinan sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temu duga
- Permohonan dibuka mulai 19 Oktober 2026 dan ditutup pada 1 November 2026